saya dan cik blog

Daisypath Anniversary tickers

20.5.12

yang biasa.

0 berkongsi rasa
Assalammualaikum.

Hari minggu yang biasa. Tidak ada yang istimewa. Ianya berlalu sepi tapi cukup untuk menghilangkan penat lelah setelah beberapa hari diserang demam dan selsema. Dek kerana hari minggu yang biasa ini, saya punya masa untuk berfikir. Berfikir tentang masa depan, berfikir tentang masa lalu dan melihat tentang apa yang berlaku dikeliling.

Sudah menjadi kebiasaan dihari hari berkelapangan, melayari internet adalah satu kewajipan. Dari satu halaman ke halaman yang lainnya, dari satu lembaran ke lembaran yang lainnya, dari satu gambar ke gambar yang lainnya. Ada halaman, lembaran mahupun gambar yang terkesan dihati, pasti akan mengambil masa yang lebih lama, sedang halaman, lembaran mahupun gambar yang biasa biasa berlalu sepi begitu saja. 

Saya tertarik dengan satu kata (yang mana saya lupa dari halaman, lembaran atau gambar mana dek kerana terlalu banyak yang telah lawati dalam masa dua hari ini). Tentang erti sabar. Satu ayat yang buat saya berfikir panjang. Lama saya menghayati huruf huruf dalam ayatnya. 

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas, dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit...

Lalu, melihat kembali kebelakang, menyelak kembali sejarah hidup yang dulu dulu, betapa malunya saya. Betapa tidak sabarnya saya. Betapa kurang ikhlasnya saya dalam sesuatu perkerjaan saya. Malu dengan diri sendiri kerana mengaku sabar dan ikhlas tapi masih saja berkeluh kesah. Termalu sendiri.

Masih banyak yang perlu diubah. Masih banyak yang perlu dibelajar. Belajar untuk lebih sabar sampai tidak punya batas, belajar untuk lebih ikhlas untuk saya merasa indah, supaya sakit itu hilang.  InsyaAllah. Mudah mudahan ya. 

nota1: perasaan samar samar, kucar kacir, gundah gulana ini, sudah semakin hilang. sudah terlihat jelas. yakin dengan Allah. ya, Dia Maha Perancang. 

nota2: mahu menjadi yang baru. baru yang menyenangkan. 

19.5.12

Doa dan Taubat

0 berkongsi rasa
Assalammualaikum.



Doa dan Taubat.
Dr.Asri Zainul Abidin

Allah buka pintu keampunan pada waktu siang, 
untuk hambaNya yang berbuat dosa pada waktu malam.
Allah buka pintu keampunan pada waktu malam,
untuk hambaNya yang berbuat dosa pada waktu siang.

Kita seringkali terlupa 
Yang Allah lebih tahu
Apa yang kita perlukan
Untuk Allah menghampakan hambaNya, tidak sama sekali.

Yakinlah dengan Tuhanmu
Dan bersyukurlah wahai diri.

Selagi nyawa dikandung badan.
Peluang untuk kembali kepada Tuhan.
Tidak pernah tutup.